Semakin hari, semakin ku sedar, aku berada di ambang remaja..ambang dewasa..
Banyak tanggungjawabku..kepada Tuhan sekalian alam(apalah gunanye hidup jika tidak cecah dahi ke sejadah)..Ya Allah..bantulah dan kuatkan hambamu ini...Janganlah kau pesongkan hatiku sesudah Engkau memberi hidayah kepadaku..Amin... Tanggungjawabku kepada keluarga..emak dan adik-adik.. aku sedar, aku anak sulung. Sudah semestinya, aku dijadikan tonggak harapan keluarga, walaupun, pada hakikatnye aku seorang perempuan..Ye..adik-adikku..kuatkanlah hati kalian menjalani hidup ini. Akak risau kalian x dapat menggambarkan kehidupan ini, adikku..Berfikirlah secara rasional..berlandaskan Al-Quran dan Hadith.. pengalaman kakakmu ini berada di luar kawasan rumah amat mendidik kakakmu ini..Hidup x seindah dipandang, x semudah yang disangka. Air yang tenang jangan dikata tiada buaya...
Buat emak, jasamu memang x terbalas..banyak nye pengorbananmu terhadap diriku..Engkau tabah memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah tatkala abah tiada lagi di dunia ini, padahal, ketika itu, kami anak2mu masih kecil, masih hingusan, even tidak memulakan lagi sesi persekolahan...Jerih perih engkau mengeluarkan keringat amat ku hargai.. Ampunkanlah anakmu ini andai ada kesilapan tutur kata, budi bicara dan perlakuan kami yang menyakitkan hatimu...Kuatnye engkau mak menghadapi semua ini...mak, I love you so much...
Tatkala meniti hari-hari, x kurang juga manusia yang memandang enteng kekuatanku (buah fikiranku)..Mengambil jurusan sains makanan(perkhidmatan makanan dan pemakanan), pemakanan memang telah lama menjadi idamanku.. InsyaAllah, andai dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, mahu sahaja aku melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana pula..tapi, mungkin dalam jurusan pemakanan atau dietetic sahaja, tempat??? Ku harap, institusi yang berdekatan kediamanku ini ada kekosongan... InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment